HiPota 038

Baja semburan mikro (folia/daun) dengan zat lengkap untuk pertumbuhan pokok dan penghasilan bunga yang lebat. Pekatan dilarutkan dalam air pada nisbah 10g : 1 gelen (4.5 Liter) air dan disembur pada keseluruhan pokok pada awal malam 10 -14 hari sekali. Penggunaan HiPota 038 menghasilkan bunga yang lebat.

Penyelenggaraan pokok bunga jenis renek (berkayu) - Bunga bulang / kertas, bunga ros, anggur, bunga raya dll.

Apabila pokok bunga kelihatan kurang bermaya dan malas berbunga, penyelenggaraan yang betul perlu dilakukan. Bagi pokok bunga dalam pasu, tanah dalam pasu perlu dibongkar dan digembur atau diganti. Akar pokok perlu dipangkas / dipotong / buang. Pangkasan (pruning) ranting dan dahan perlu dilakukan sebelum menanam semula pokok. Buang semua ranting kecil dan daun. Tunas baru yang lebih subur akan tumbuh dalam beberapa hari.

Untuk mendapatkan hasil pokok yang subur dan berbunga lebat, tanah dalam pasu hendaklah dari campuran yang betul dan sesuai dengan kadar saliran air (keporosan) yang diperlukan. FirmMed 100 / 150 /155 dapat menyelesaikan masalah ini. Isi pasu dengan FirmMed 100 / 150 /155 dan tanam semula pokok yang telah dipangkas akar, ranting dan daunnya kemudian penuhkan pasu dengan FirmMed 100 / 150 /155 pada kadar rata (tidak perlu ditekan / dipadatkan) kemudian hentak buntut pasu secara mendatar pada lantai / tanah supaya media yang penuh turun / susut sedalam lebih kurang 1 - 1 1/2 inci. Siram air hingga basah. Selepas 1 minggu,sembur keseluruhan pokok dengan HiPota 038 sebagai penggalak bunga. Ulang setiap minggu atau 10 - 14 hari sekali.


Pengedar / peruncit dialu-alukan. Harga istimewa untuk pengedar / peruncit, potongan harga 20 % untuk pesanan melebihi 10 unit dan potongan harga 35 % untuk pesanan melebihi 100 unit. Penghantaran percuma untuk kawasan Sitiawan dan Seri Manjung sahaja.

Sila hubungi 012 4489986 - AZIZAN atau e-mail : azizanothman@ymail.com untuk pertanyaan, keterangan lanjut atau runding harga.